Translation: An-Nur Mosque donates $20,000 to help Ihsan Kidney Care patients
BANTU PESAKIT GINJAL: Pengerusi Eksekutif Masjid An-Nur, Encik Juraiman Rahim (kiri) memberi cek bernilai $20,000 kepada Pengarah Eksekutif Persatuan Derma Amanah Muslimin (MTFA), Dr Abdul Qader Al-Aidaroos, sebagai sumbangan dan sokongan kepada pesakit Ihsan Kidney Care (IKC). - Foto MTFA
Pesakit Ihsan Kidney Care (IKC) kini boleh meraih manfaat akses penjagaan segera tanpa terlalu risau tentang kewangan mereka setelah Masjid An-Nur menderma $20,000 kepada IKC pada 20 Disember.
Diterajui oleh Persatuan Derma Amanah Muslimin (MTFA), IKC menyediakan rawatan dialisis ginjal bersubsidi untuk pesakit berpendapatan rendah di Singapura.
Melalui kerjasama dengan MTFA, ia bertujuan mengurangkan beban kewangan yang ditanggung pesakit ginjal, menurut kenyataan MTFA pada 19 Disember.
IKC telah dilancarkan pada 2018 oleh mantan presiden, Puan Halimah Yacob dan ia merupakan satu-satunya pusat dialisis tempatan yang dikendalikan pertubuhan Melayu/Muslim.
Pengerusi Eksekutif Masjid An-Nur, Encik Juraiman Rahim berkata:
“Melalui perkongsian pertama dengan MTFA ini, kami berharap sumbangan kami dapat membantu pesakit ginjal yang memerlukan mendapat akses kepada penjagaan segera tanpa perlu risau tentang kewangan dan memberikan ketenangan fikiran kepada mereka serta keluarga mereka,”
Majlis Penyampaian Cek IKC telah diadakan di Masjid An-Nur.
Pengarah Eksekutif MTFA, Dr Abdul Qader Al-Aidaroos, yang turut hadir untuk menerima sumbangan itu pula berkata:
“Kami berasa teruja dan berbesar hati dengan sumbangan Masjid An-Nur dalam menyokong usaha murni kami untuk membantu golongan kurang berkemampuan.
“Kami berharap dapat mewujudkan perkongsian berterusan dan bermakna dengan lebih banyak pertubuhan Melayu/Islam pada masa hadapan.”
Lebih 9,000 rawatan dialisis bersubsidi telah dikendalikan IKC sepanjang 2022 di satu-satu pusatnya di Norris Road.
MTFA menyatakan ia mempunyai rancangan untuk mengembangkan lagi khidmat dengan dua pusat dialisis baru dalam perancangan dan mengembangkan jumlah kapasiti pesakitnya daripada 66 kepada 400 orang menjelang 2024.
“IKC komited untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa kesihatan dalam menyediakan pesakit dengan rawatan baru menggunakan teknologi terkini, sambil menyasarkan untuk mengembangkan operasinya bagi menyokong lebih ramai pesakit ginjal pada masa hadapan,” tambah MTFA.
Baca artikel penuh di sini: https://www.beritaharian.sg/singapura/masjid-nur-sumbang-20000-bantu-pesakit-ihsan-kidney-care
Article by Berita Harian
Comments